Tuesday, 21 January 2014

ukhuwah azzahra ^_^


||ukhuwah kerana Allah.. ||

"awan keluarkan air hujan sebab tak mampu menampung air hujan .. manusia keluarkan air mata sebab tak mampu menahan rasa sakit .."

setelah lama diri ini bertahan dalam persahabatan yang dijalinkan ..
mutiara-mutiara jernih yang selama ini disimpan gugur jua dek kerana rasa rindu yang dipendam ..
perit hati ini menahan rasa rindu itu ..
kerana diri ini sering mengingati "sahabat yang sentiasa nasihat-menasihati dan berada dalam suasana Islam itu"

duhai sahabat, Maafkan diri ini andai banyak melakukan kesalahan terhadapmu
sekiranya umurku tidak panjang..

ya RABBI .. satukanlah kembali hati-hati kami .. cantumkanlah kembali serpihan-serpihan hati kami yang telah terpisah intuk seketika ini.. eratkanlah hubungan kami .. jauhkan kami daripada bisikan jahat makhlukMU yang teramat dengki dengan semua hamba-hambaMU ini sewaktu kami berseorangan .. 




ayat di atas ini mungkin akan aku baca semula selepas aku grade nanti, tapi rasanya x sama. Allahhurabbi.. semakin hari semakin dekat diri ini dengan perpisahan. Aku sudah bahagia begini, berada dalam suasana Islam, bergerak kerja Islam, bersama sahabat2 yang faham dan sefikrah, kami saling mentarbiyyah dan ditarbiyyah dlam masa yang sama. Datangnya kami dari pelbagai latar belakang yang kadang2 kita x jangka pun. Ada yang sudah bagus tarbiyyahnya, ada juga yg kosong, dan ada yang di pertengahan. jadi ketidaksempurnaan kami inilah yang mencorakkan ukhuwah yang telah terbina sejak dahulu lagi. 
Tapi apakan daya, siapa yang dapat menolak takdir Allah.. "patah tumbuh hilang berganti".. sometime aku x suka ayat ni.. tapi ada kalanya aku kena redha.. 
terima kasih Ya Allah, Engkau tempatkan aku di suatu tempat yang kena dengan diriku. Kau pelihara diri ini daripada aku terus lagha dengan dunia.. aku igt pada mulanya, diri ini didatangi oleh kakak2 yang mengajakku berusrah. dari situ mula lahir cinta aku kepada apa yg mereka bawakan.. syukur sangat2.. sehingga sekarang, aku pula yg menjadi kakak2. Aku buat perkara yang sama..kerana apa! sebab kita ni bukan yang awal dan bukan pengakhirnya.. kita adalah penyambung..faham kan yang ni...

jika diberi pilihan, ingin sahaja aku katakan: bg lah aku kerja islam apa pun, yg penting aku tidak mahu keluar dr kelompok kecilku ini.. aku cuma ada masa setahun sahaja lagi untuk berkhidmat di kampus. nak sambung, apakan daya, result x membantu.. :( 
semoga kita semua tetap istiqamah dalam perjuangan walau dimana pun kita berada. Wasilah untuk buat kerja Islam ada banyak caranya..cuma kita jangan tersalah pilih sudahlah. 




jadi, untuk aku yg sudah tidak lama di kampus itu, Tetaplah dalam perjuangan ini, kerana Allah sudah susun cantik perjalanan hidup kita. yang penting DOA, doa dari sekarang apa yang kita mahu kerana doa x datang serta merta. dan aku teringat kata2 adik aku, "doa tidak akan dimakbulkan dalam keadaan tergesa-gesa".. mmg betul apa yg dikatakan kerana Allah beri kita bilamana kita perlukan nya, bukan bilamana kita pinta. Allah berfirman dalam surah at-taubah: 41:
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."


 #Hanya mereka yang faham erti uhkuwah yang akan faham erti rindunya berukhuwah.. Allah... *tergambar kenangan2 lama, susah senang bersama, bergerak kerja bsersama dan yang paling penting wajah2 sahabat2 yang berlegar-legar diingatan.. 

#ana cinta enti kerana Allah.. haha, lafaz cinta<------ 

dan ini adalah gmbr yang tidak akan pernah aku lupakan.. masih boleh terbayang wajah adik2 yang duduk diatas batu2 ini untuk mendengar apa yang disampaikan ustaz untuk menjadi "amilin muttaqin".  semoga mereka mendapatkannya..amiinnn...

salam uhuwah daripada ku.. Zahra uzma

~ukhuwah fillah .. mahabbah lillah .. fi hifzillah~


Friday, 27 December 2013

bersawang

sudah lama x update blog ni sebab kesibukan dunia.. insyaallah aku akan cuba untuk mengupdate blog ni...







Wednesday, 21 August 2013

malang x boleh bau

Assalamualaikum. entry kali ini sy nk kongsi cerita yg bertajuk (seperti dia atas). ceritanya begini..pada satu hari yg cuacanya hujan..aku pergi ke KL utk kenduri sedare la..aku dengan berbesar hati menggunakan ensetku utk buat GPSSSS..canggih la katakn..then kami pun berhenti di tepi jalan yg agak sunyi dan kiri dan kanan hanya ada bangunan flat yg x berapa tinggi la. mak pun buat panggilan telepon n aku, sedang chating n duk cek2 GPS yg ntah pape 2. sedang leka2, tetiba datang sorg lelaki @#$^%$^%&^&^&^
kenangan~
(carut skit)..dgn pakai topi keledar n pegang senjata (parang katanya)..bukak pintu belah aku n minta apa yg ada kat aku n mak aku..dia pegang enset S3mini aku..dh la baru beli...oh noooo...aku main tarik2 ngan dia..tp dia pegang senjata la katakan..terpaksa la aku bagi jugak demi nyawa aku..tapi kan bila aku tempis parang dia terasa mcm balutan kertas, tp keras la objek 2..dah la panik..bg je la ape yg ada masa 2..yg paling bengong skali..enset nokia aku yg 90 hengget 2 pun dia nk jugak..adoiiii....agaknye dia pun panik kot nk merompak ni..nk sgt..amikk la...then dia bukak pintu belakang plak.dh la kat belakang 2 ada beg, segala beg la ada...termasuknla beg lappy ni hah...mak aku ape lg, tekan minyak, pecut terus...masa 2 rasa kosong sgt diri ni..yela..nk contact spe xtau..nasib baik la ada balai polis berhampiran kat taman puaka 2...siap laporan n pakcik aku dtg..jemput bawak ge umah yg nk kendurinya..buat la kerja dengan muka yg toye..xde mood rasa nk balik je...nasib baik aku x reti bawak keta..kalau x lama dah aku balik.. huuhhh!!
tp aku redha, dalam kereta 2 hanya henset aku je yg kena kebas..munggkin 2 cara Allah nk hapuskan riak aku kot..kot2 la nanti terdetik kat ati aku ni nk menunjuk ke mse balik u nanti..ada hikmah la 2..tp aku sedikit phobia bila aku pandang keluar tinggkap n nmpk muka lelaki..takut pun ada. 2 la ceritanya..tp mak ckp nk tlg beli balik enset..hehe...
pesanan aku kat yg membaca, hati2 walau dimana kita berada. ok..kunci pintu sentiasa n kalau nk berhenti, benti la kat tempat yg ramai org skit..
Alhamdulillah kerna masih bernafas hingga ke hari ini..tq Allah~~






Tuesday, 19 March 2013

ego

apa boleh kita kata dengan ego?
dengan ego, nasihat orang kita x nampak, hanya tahu melenting mengatakan kitaterlalu buruk sangka. kita tidak dapat memuaskan hati sahabat. begitu juga mereka. kita rasa cara kita boleh dirterima oleh semua orng, tp sebenarnya TIDAK.. tapi terlampau memenuhi kehendak sahabat sampaikan diri sendiri xde sapa nk fikir..BOLEHKAH?
dengan EGO jugak, kita susah nk maafkan seseorang..walaupun diA pun ada menulis sesuatu yg melukakan hati kita..terasa diri betul? hurm..no comment..........................................................................................
ukhuwah ???????????
mcm2 kita boleh reka ayat dgn EGO ni..so reka lah yg sendiri.

Friday, 1 February 2013

muslimah bebas???

assalamualaikum, td ada lah duduk depan tv layan al-hidayah, tajuk kali ni MUSLIMAH BEBAS?

Seorang muslimah itu mestilah baik dari segi pemakaiannya, akhlaknya, ketaatan dalam menjalankan suruhan Allah, tidak meninggalkan solat, cukup puasanya, bebas dr sifat jahil dan lain2 lagi yg tergambar difikiran kita.
kita sememangnya sudah Islam sejak dr kecil lagi, tapi adakah Islam itu takliq sahaja, sesetengahnya begitu bukan? adakah kita tergolong dalam golongan muslimah fasiqah (golongan yang ISTIQAMAH melakukan maksiat).

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.” (al-Maidah [5]: 47)

jadi, siapa golongan muslimah bebas ini?
1. seorang yang taat kepada Ibubapa nya.
   -jadi jgn lawan ibubapa. Walau alim mana pun ada ja yg lawan cakap mak ayah.

2. seorang yang bebas dari bergaduh dgn suami
  -ada satu kisah yg menarik bg para isteri

" Fatimah anakku, mahukah engkau menjadi seorang perempuan yg baik budi dan isteri yang mencintai suami?' Tanya Rasullullah s.a.w.

"tentu saja, wahai ayahku," jawab fatimah lembut.

"Tidak jauh dari rumah ini terdapat seorang wanita yang baik budi pekertinya bernama Siti Muthi'ah.Temuilah dia, teladanilah budi pekertinya yang baik itu."

gerangan amal apakah yang dilakukan oleh Siti Muthi'ah sehingga rasulullah sendiri pun memujinya sebagai perempuan teladan?Maka bergegaslah  Fatimah menuju ke rumah Muthiah bersam puteranya Hasan yang masih kecil itu.

Begitu gembira sekali Muthi'ah apabila mengetahui tetamunya ialah Puteri Nabi yang disanjungnya itu. "Sungguh bahagia sekali aku menyambut kedatanganmu ini, fatimah. maafkan aku sahabatku.suamiku telah beramanat, aku tidak menerima tamu lelaki di rumah ini."

" ini Hasan puteraku sendiri. Dia kan masih anak-anak." kata Fatimah sambil tersenyum.

"namun,sekali lagi maafkan aku, aku tidak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah."

Fatimah mulai merasakan keutamaan Siti Muthi'ah dan menjadi semakin kagum serta berhasrat menyelami lebih dalam lagi akhlak wanita ini. Lalu dihantarnya Hasan pulang dan bergegaslah Fatimah kembali ke rumah Siti Muthi'ah.
" Aku jadi berdebar-debar." Sambut Siti Muthi'ah. "Gerangan apakah membuatmu begitu ingin kerumahku, wahai puteri Nabi?'

"Memang benarlah Muthi'ah. Ada berita gembira buatmu dan ayahku sendirilah yang menyuruhku ke sini, Ayahku mengatakan bahawa engkau adalah wanita berbudi pekerti yang sangat baik. Kerana itulah aku ke sini untuk meneladanimu wahai Muthi'ah."
Siti Muthiah gemmbiraa mendengar kata-kata Fatimah. Namun. Siti Muthiah masih ragu. "Engkau bergurau sahabatku? Aku ini hanya wanita biasa yang tidak punya keistimewaan apa pun seperti yang engkau lihat sendiri."

"Aku tidak berbohong wahai Muthi'ah. ceritalah padaku agar aku bisa meneladaninya."

Siti Muthi'ah terdiam, hening seketika.
Lalu tanpa sengaja Fatimah melihat sehelai kain kecil, kipas dan sebilah rotan di ruangan kecil iyu. " Buat apa ke tiga benda itu Muthi'ah?" Tnya Fatimah.

Siti Muthi'ah tersenyum malu. Namun setelah didesak beliau pun bercerita. "Engkau tahu fatimah, suamiku seorang pekerja yang memeras keringat dari hari ke hari. Aku sangat sayang dan hormat kepadanya. Ketika dia pulang, cepat-cepat aku sambut kepulangannya. ku buka bajunya dan ku lap tubuhnya dengan kain kecil ini sehingga kering keringatnya. Lalu dia pun berbaring di tempat tidur melepaskan lelah. lalu aku kipasi beliau sehingga lelahnya itu hilang dan tertidur lena."

"Sungguh luar biasa pekertimu. Muthi'ah . Lalu untuk apa pula rotan ini?" soal fatimah lagi.

Jawab Siti Muthiah. "kemudian aku berpakaian semenarik mungkin untuknya. Setelah dia bangun dan mandi, ku siapkan pula makan dan minum untuknya. Setelah semua selesai, aku bertanya kepadanya, oh kanda, jika layananku sebagai isteri dan masakanku tidak berkenan dihatimu, aku ikhlas menerima hukuman. pukullah badanku dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku agar tidak ku ulangi."

"Seringkah engkau dipukul olenya wahai Muthi'ah?

"Tidak pernah, fatimah, bukan rotan yang diambilnya, tetapi akulah yang ditarik dan dipelunya dengan penuh kemesraan. Itulah kebahagiaan kami sehari-hari," jawabnya lembut.

"Jika demikian, sungguh luar biasa wahai muthi'ah. sungguh luar biasa!Benarlah kata ayahku, engkau perempuan berbudi baik," kata Fatimah yang amat kagum dengan budi pekerti yang dimiliki oleh wanita berwajah tenang itu.

3. bebas dari sikap mengumpat
-perempuan memang suka mengumpat. betul ke? x semestinya lelaki pun x buat. tapi permpuan ni memang suka cakap perkara-perkara yang remeh.
dan semasa peristiwa isra mi'raj, apabila Rasulullah s.a.w di neraka, penghuninya ramai dari kalangan wanita. dan antara yang nabi lihat, " Aku lihat permpuan berkepala seperti babi, badannya seperti keldai, dan beribu kesengsaraan dirasainya. dan permpuan jenis ini ialah golongan yang mengumpat dan pendusta."

4. Bebas dari sikap jahil
- jangan jahil dr segi hukum hakam

5. seorang yang bebas daripada perkara yang boleh merosakkan IMAN
- 3 pecahan kepada kerosakan iman dari segi kepercayaan, perkataan dan perbuatan

6. seorang yang terhindar daripada sifat mazmumah
- tiada hasad dengki, penyakit hati. dan belajar untuk memiliki sifat qanaah iaitu redha atas segala rezeki dan kurniaan Allah swt.

rasalah kebebasan dalam Islam tanpa rasa keterpaksaan.
kebebasan dan kepuasan dalam Islam tidak dapat kita ungkap dengan kata-kata, jadi mari kita sama-sama mencari hidayah ALLAH. =)

Monday, 14 January 2013

menanti jawapan

   assalamualaikum, kita mesti pernah berdoa kan, tapi pernah atau tidak kita ungkit "kenapa doa aku x diterima"..sedar x kita yg penangguhan doa kita 2 kerana Allah nak lihat sejauh mana ketabahan kita dalam menerima ujianNya. manusia ni memang kurang yang bersyukur. hanya tahu meminta je. jadi jangan kita rasa jemu untuk berdoa kerana kita akan dapat jawapan kepada doa kita 2 sama ada lambat atau cepat je...
innAllahaMa'assobirin. sesungguhnya Allah bersama orang yan bersabar.

Friday, 27 July 2012

baca

assalamualaikum
salam ramadan..bulan mulia ini mesti ramai yang yang melakukan perkara yang akan menguntungkan diri x kira dr segi duniawi atau ukhrawi..terpulang kpd diri masing2.
banyak-banyakkn baca sirah-sirah nabi sebab setiap peristiwa itu diceritakan di dalam al-Quran..pembacaan kita pasti lebih menarik kn sekiranya kita tahu makna disebalik ayat yang diturunkan..pembacaan dengan penuh tadabbur, berfikir, merenunginya dengan khusyu' dan sedih kerana dlm
sabda rasulullah s.a.w :
"sesungguhnya al-Quran diturunkan dalam keadaan dukacita, maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasai kedukacitaan tersebut." ( diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Abu Nu'aim).
aku sendiri pn masih belum mendapat penghayatan seperti tu. insyaallah...

walau macam mana pun kita hidup, kita jgn lupa hidup kita sebagai hamba. hamba kepada Allah..kalau kita lupa kita ini hanya seorang hamba, buat lah sesuka hati..2 yg x sembahyang, buat maksiat dan x menjalankan perintah Allah..
semoga kita hidup dalam keadaan yang diredhai Allah..


-zahrauzma-