Friday, 1 February 2013

muslimah bebas???

assalamualaikum, td ada lah duduk depan tv layan al-hidayah, tajuk kali ni MUSLIMAH BEBAS?

Seorang muslimah itu mestilah baik dari segi pemakaiannya, akhlaknya, ketaatan dalam menjalankan suruhan Allah, tidak meninggalkan solat, cukup puasanya, bebas dr sifat jahil dan lain2 lagi yg tergambar difikiran kita.
kita sememangnya sudah Islam sejak dr kecil lagi, tapi adakah Islam itu takliq sahaja, sesetengahnya begitu bukan? adakah kita tergolong dalam golongan muslimah fasiqah (golongan yang ISTIQAMAH melakukan maksiat).

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.” (al-Maidah [5]: 47)

jadi, siapa golongan muslimah bebas ini?
1. seorang yang taat kepada Ibubapa nya.
   -jadi jgn lawan ibubapa. Walau alim mana pun ada ja yg lawan cakap mak ayah.

2. seorang yang bebas dari bergaduh dgn suami
  -ada satu kisah yg menarik bg para isteri

" Fatimah anakku, mahukah engkau menjadi seorang perempuan yg baik budi dan isteri yang mencintai suami?' Tanya Rasullullah s.a.w.

"tentu saja, wahai ayahku," jawab fatimah lembut.

"Tidak jauh dari rumah ini terdapat seorang wanita yang baik budi pekertinya bernama Siti Muthi'ah.Temuilah dia, teladanilah budi pekertinya yang baik itu."

gerangan amal apakah yang dilakukan oleh Siti Muthi'ah sehingga rasulullah sendiri pun memujinya sebagai perempuan teladan?Maka bergegaslah  Fatimah menuju ke rumah Muthiah bersam puteranya Hasan yang masih kecil itu.

Begitu gembira sekali Muthi'ah apabila mengetahui tetamunya ialah Puteri Nabi yang disanjungnya itu. "Sungguh bahagia sekali aku menyambut kedatanganmu ini, fatimah. maafkan aku sahabatku.suamiku telah beramanat, aku tidak menerima tamu lelaki di rumah ini."

" ini Hasan puteraku sendiri. Dia kan masih anak-anak." kata Fatimah sambil tersenyum.

"namun,sekali lagi maafkan aku, aku tidak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah."

Fatimah mulai merasakan keutamaan Siti Muthi'ah dan menjadi semakin kagum serta berhasrat menyelami lebih dalam lagi akhlak wanita ini. Lalu dihantarnya Hasan pulang dan bergegaslah Fatimah kembali ke rumah Siti Muthi'ah.
" Aku jadi berdebar-debar." Sambut Siti Muthi'ah. "Gerangan apakah membuatmu begitu ingin kerumahku, wahai puteri Nabi?'

"Memang benarlah Muthi'ah. Ada berita gembira buatmu dan ayahku sendirilah yang menyuruhku ke sini, Ayahku mengatakan bahawa engkau adalah wanita berbudi pekerti yang sangat baik. Kerana itulah aku ke sini untuk meneladanimu wahai Muthi'ah."
Siti Muthiah gemmbiraa mendengar kata-kata Fatimah. Namun. Siti Muthiah masih ragu. "Engkau bergurau sahabatku? Aku ini hanya wanita biasa yang tidak punya keistimewaan apa pun seperti yang engkau lihat sendiri."

"Aku tidak berbohong wahai Muthi'ah. ceritalah padaku agar aku bisa meneladaninya."

Siti Muthi'ah terdiam, hening seketika.
Lalu tanpa sengaja Fatimah melihat sehelai kain kecil, kipas dan sebilah rotan di ruangan kecil iyu. " Buat apa ke tiga benda itu Muthi'ah?" Tnya Fatimah.

Siti Muthi'ah tersenyum malu. Namun setelah didesak beliau pun bercerita. "Engkau tahu fatimah, suamiku seorang pekerja yang memeras keringat dari hari ke hari. Aku sangat sayang dan hormat kepadanya. Ketika dia pulang, cepat-cepat aku sambut kepulangannya. ku buka bajunya dan ku lap tubuhnya dengan kain kecil ini sehingga kering keringatnya. Lalu dia pun berbaring di tempat tidur melepaskan lelah. lalu aku kipasi beliau sehingga lelahnya itu hilang dan tertidur lena."

"Sungguh luar biasa pekertimu. Muthi'ah . Lalu untuk apa pula rotan ini?" soal fatimah lagi.

Jawab Siti Muthiah. "kemudian aku berpakaian semenarik mungkin untuknya. Setelah dia bangun dan mandi, ku siapkan pula makan dan minum untuknya. Setelah semua selesai, aku bertanya kepadanya, oh kanda, jika layananku sebagai isteri dan masakanku tidak berkenan dihatimu, aku ikhlas menerima hukuman. pukullah badanku dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku agar tidak ku ulangi."

"Seringkah engkau dipukul olenya wahai Muthi'ah?

"Tidak pernah, fatimah, bukan rotan yang diambilnya, tetapi akulah yang ditarik dan dipelunya dengan penuh kemesraan. Itulah kebahagiaan kami sehari-hari," jawabnya lembut.

"Jika demikian, sungguh luar biasa wahai muthi'ah. sungguh luar biasa!Benarlah kata ayahku, engkau perempuan berbudi baik," kata Fatimah yang amat kagum dengan budi pekerti yang dimiliki oleh wanita berwajah tenang itu.

3. bebas dari sikap mengumpat
-perempuan memang suka mengumpat. betul ke? x semestinya lelaki pun x buat. tapi permpuan ni memang suka cakap perkara-perkara yang remeh.
dan semasa peristiwa isra mi'raj, apabila Rasulullah s.a.w di neraka, penghuninya ramai dari kalangan wanita. dan antara yang nabi lihat, " Aku lihat permpuan berkepala seperti babi, badannya seperti keldai, dan beribu kesengsaraan dirasainya. dan permpuan jenis ini ialah golongan yang mengumpat dan pendusta."

4. Bebas dari sikap jahil
- jangan jahil dr segi hukum hakam

5. seorang yang bebas daripada perkara yang boleh merosakkan IMAN
- 3 pecahan kepada kerosakan iman dari segi kepercayaan, perkataan dan perbuatan

6. seorang yang terhindar daripada sifat mazmumah
- tiada hasad dengki, penyakit hati. dan belajar untuk memiliki sifat qanaah iaitu redha atas segala rezeki dan kurniaan Allah swt.

rasalah kebebasan dalam Islam tanpa rasa keterpaksaan.
kebebasan dan kepuasan dalam Islam tidak dapat kita ungkap dengan kata-kata, jadi mari kita sama-sama mencari hidayah ALLAH. =)