Tuesday, 21 January 2014

ukhuwah azzahra ^_^


||ukhuwah kerana Allah.. ||

"awan keluarkan air hujan sebab tak mampu menampung air hujan .. manusia keluarkan air mata sebab tak mampu menahan rasa sakit .."

setelah lama diri ini bertahan dalam persahabatan yang dijalinkan ..
mutiara-mutiara jernih yang selama ini disimpan gugur jua dek kerana rasa rindu yang dipendam ..
perit hati ini menahan rasa rindu itu ..
kerana diri ini sering mengingati "sahabat yang sentiasa nasihat-menasihati dan berada dalam suasana Islam itu"

duhai sahabat, Maafkan diri ini andai banyak melakukan kesalahan terhadapmu
sekiranya umurku tidak panjang..

ya RABBI .. satukanlah kembali hati-hati kami .. cantumkanlah kembali serpihan-serpihan hati kami yang telah terpisah intuk seketika ini.. eratkanlah hubungan kami .. jauhkan kami daripada bisikan jahat makhlukMU yang teramat dengki dengan semua hamba-hambaMU ini sewaktu kami berseorangan .. 




ayat di atas ini mungkin akan aku baca semula selepas aku grade nanti, tapi rasanya x sama. Allahhurabbi.. semakin hari semakin dekat diri ini dengan perpisahan. Aku sudah bahagia begini, berada dalam suasana Islam, bergerak kerja Islam, bersama sahabat2 yang faham dan sefikrah, kami saling mentarbiyyah dan ditarbiyyah dlam masa yang sama. Datangnya kami dari pelbagai latar belakang yang kadang2 kita x jangka pun. Ada yang sudah bagus tarbiyyahnya, ada juga yg kosong, dan ada yang di pertengahan. jadi ketidaksempurnaan kami inilah yang mencorakkan ukhuwah yang telah terbina sejak dahulu lagi. 
Tapi apakan daya, siapa yang dapat menolak takdir Allah.. "patah tumbuh hilang berganti".. sometime aku x suka ayat ni.. tapi ada kalanya aku kena redha.. 
terima kasih Ya Allah, Engkau tempatkan aku di suatu tempat yang kena dengan diriku. Kau pelihara diri ini daripada aku terus lagha dengan dunia.. aku igt pada mulanya, diri ini didatangi oleh kakak2 yang mengajakku berusrah. dari situ mula lahir cinta aku kepada apa yg mereka bawakan.. syukur sangat2.. sehingga sekarang, aku pula yg menjadi kakak2. Aku buat perkara yang sama..kerana apa! sebab kita ni bukan yang awal dan bukan pengakhirnya.. kita adalah penyambung..faham kan yang ni...

jika diberi pilihan, ingin sahaja aku katakan: bg lah aku kerja islam apa pun, yg penting aku tidak mahu keluar dr kelompok kecilku ini.. aku cuma ada masa setahun sahaja lagi untuk berkhidmat di kampus. nak sambung, apakan daya, result x membantu.. :( 
semoga kita semua tetap istiqamah dalam perjuangan walau dimana pun kita berada. Wasilah untuk buat kerja Islam ada banyak caranya..cuma kita jangan tersalah pilih sudahlah. 




jadi, untuk aku yg sudah tidak lama di kampus itu, Tetaplah dalam perjuangan ini, kerana Allah sudah susun cantik perjalanan hidup kita. yang penting DOA, doa dari sekarang apa yang kita mahu kerana doa x datang serta merta. dan aku teringat kata2 adik aku, "doa tidak akan dimakbulkan dalam keadaan tergesa-gesa".. mmg betul apa yg dikatakan kerana Allah beri kita bilamana kita perlukan nya, bukan bilamana kita pinta. Allah berfirman dalam surah at-taubah: 41:
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."


 #Hanya mereka yang faham erti uhkuwah yang akan faham erti rindunya berukhuwah.. Allah... *tergambar kenangan2 lama, susah senang bersama, bergerak kerja bsersama dan yang paling penting wajah2 sahabat2 yang berlegar-legar diingatan.. 

#ana cinta enti kerana Allah.. haha, lafaz cinta<------ 

dan ini adalah gmbr yang tidak akan pernah aku lupakan.. masih boleh terbayang wajah adik2 yang duduk diatas batu2 ini untuk mendengar apa yang disampaikan ustaz untuk menjadi "amilin muttaqin".  semoga mereka mendapatkannya..amiinnn...

salam uhuwah daripada ku.. Zahra uzma

~ukhuwah fillah .. mahabbah lillah .. fi hifzillah~